Isnin, 8 Mei 2017

Pakatan Harapan Serang Pas Kerana Bimbang Bergabung Dengan UMNO

Ceramah Pakatan Harapan Kepada JIN
MERENUNG sejarah kehebatan masa lalu Barisan Nasional yang jarang-jarang dipersembahkan kepada generasi muda menjadikan penulis lebih bersemangat untuk bersama parti yang masih memerintah walaupun cabaran dari lawan semakin hebat.

Pada PRU ke-4(1974),dengan berlakunya gabungan parti pembangkang SUPP,Pas,Gerakan kedalam Barisan Nasional menjadikan pilihan raya tahun itu tidak mencabar seperti sebelumnya.

Pada hari penamaan calon Barisan Nasional menang tanpa bertanding kerusi parlimen sebanyak 47 manakala kerusi Dun 45,kemenangan tanpa bertanding ini satu rekod yang belum diatasi sehingga PRU ke-13.

Johor mencatat kemenangan tanpa bertanding paling tinggi iaitu 8 daripada 16 kerusi Parlimen.Calon Barisan Nasional ketika itu ditentang calon dari DAP,PSRM, Bebas,Pekemas.

Barisan Nasional juga menang tanpa bertanding di kesemua kerusi Parlimen di Sabah,kecuali di Bandau.

Dengan sejarah itu,tidak salah jika dikatakan parti dalam Pakatan Harapan sangat takut sekiranya gabungan UMNO dan Pas terjadi dan dengan bukti sejarah yang ada sukar untuk parti dalam Pakatan Harapan terus berkuasa di Selangor,malah Pulau Pinang juga turut tergugat.

Dikala sebarang kemungkinan mungkin berlaku,Pakatan Harapan bertali arus menyerang Pas,ertikata lain,'Pakatan Harapan cuba memberi gambaran buruk UMNO kepada Pas seolah-olah kepimpinan Pas masih berpegang kepada fahaman politik jumud.

Semua serangan terhadap kepimpinan Pas dilakukan Pakatan Harapan mudah dibaca,tidak perlu jadi pakar politik,kerana tujuan utama takut Pas dan UMNO bergabung sebelum atau selepas keputusan Pilihan raya umum ke-14.

ISNIN 8/5/2017-1:40AM-RESPECTMYPM
VIA TELEFON

Mohon share di Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan