Rabu, 2 Ogos 2017

Anak Syarikat Agensi Selangor Rugi Berjuta-Juta

Prestasi kewangan yang tidak memuaskan bagi tempoh 2013 hingga 2015 menyebabkan anak syarikat milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri l Berdasarkan laporan itu, perbelanjaan PKPS Livestock Farm Sdn Bhd (PLFSB) untuk tempoh tiga tahun berkenaan mening kat hingga menyebabkan kerugian sebelum cukai selama tiga tahun berturut-turut.

"Prestasi kewangan PLFSB bagi 2013 hingga 2015 tidak memuaskan kerana perbelanjaan meningkat setiap tahun dan mengakibatkan kerugian terkumpul sehingga akhir 2015 beijumlah RM18.47 juta," katanya.

Laporan itu juga menyatakania tidak berpuas hati dengan lantikan Lembaga Pengarah, kekerapan pembentangan laporan pengauditan tidak mengikut amalan terbaik dan tidak membentangkan pemberian insentif dalam mesyuarat Lembaga Pengarah.

"Audit juga mengesan prestasi pengeluaran susu segar tidak mencapai sasaran dan pengurusan makanan lembu bagi kumpulan perah tidak memuaskan.

"Walaupun aliran tunai syarikat terbabit berbaki positif untuk tempoh itu, ia tetap kurangmemuaskan kerana masih beum mampu menampung perbelanjaan bagi menjalankan operasi syarikat dengan lebihberkesan," katanya dalam laporan berkenaan.

Laporan itu turut menyebut,antara alasan diberikan PLFSB berhubung pengurangan susu segar disebabkan lembu kering,lembu diberikan antibiotik,tempoh perahan melebihi 280 hari laktasi, kerosakan jentera ladang dan kekurangan rumput kerana penanaman semula atau kemarau.

Perlu pengurusan cekapBagaimanapun, laporan itu turut menegur perkara itu boleh diatasi jika PLFSB mempunyai perancangan dan pengurusan cekap serta teratur.

Pada masa sama, laporan itu berpendapat PLFSB bukan sahaja tidak berupaya mendapatkan pengganti lembu induk berkualiti menggunakan lembu dara dilahirkan di ladang PLFSB, ia juga terpaksa bergantung kepada lembu dara yang dibeli dari luar ladang untuk terus
beroperasi.

Ia berikutan ladang itu mempunyai keupayaan rendah untuk melahirkan lembu induk gantian,menyebabkan mereka terpaksa menanggung peningkatan kos jika terus membawa masuk lembu dara dari luar sebagai induk gantian.

Laporan itu juga menyebut,beberapa tindakan diambil PLFSB bertarikh 16 Februari lalu masih tidak memberi jawapan memuaskan.

Sehubungan itu, Audit mengesyorkan PLFSB mengukuhkan prestasi kewangan dengan meningkatkan pengeluaran susu segar, selain mengurangkan perbelanjaan operasi.

Ia juga disyorkan meningkatkan prestasi aktiviti utama dengan mempertimbang melaksanakan usaha sama dengan syarikat berpotensi dalam industri penternakan lembu tenusu dan dimasukkan dalam Perancangan Strategik Dan Rancangefn Korporat Syarikat.

-Berita Harian-Rabu,2Ogos 2017-Muka surat,7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan