Kempen merosakkan undi tidak menguntungkan mana-mana pihak malah tidak juga merugikan mana-mana parti politik bertanding pada pilihan raya kerana ia sama dengan memilih tidak keluar mengundi.
Penyokong kempen #undirosak juga perlu adakan pemeriksaan mental sebelum pilihan raya umum ke-14.
Setiap kali pilihan raya pasti berlaku undi rosak, sekiranya kawasan pilihan raya itu berlaku pergolakkan dalaman antara pemimpin parti, pasti undi rosak lebih besar jumlahnya berbanding dengan kawasan tenang. Ia boleh dilihat secara jelas melalui keputusan pilihan raya.
Kempen #undirosak yang giat dilakukan mungkin ditaja dengan sejumlah bayaran oleh pihak tertentu terutamanya dari kawasan pilihan raya yang mustahil akan dimenangi parti yang disokong. Dalam politik tidak ada mustahil, tidak ada yang tidak boleh berlaku kerana seninya sukar dibaca.
Perjalanan digurun politik sukar diukur keluasannya, namun berapa luas sekali pun jaraknya ia pasti dilangkahi hingga ke penghujung.
Respectmypm dah 5 bulan tidak update..harap pembaca dapat terus melayari blog ini seperti dahulu kerana ia telah kembali bertemu anda semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan