Selasa, 27 Mac 2018

Cameron Bukan Kawasan Untuk Menyelamatkan Orang MIC


Sehingga PRU12 pada tahun 2008, Sg Siput adalah kawasan selamat untuk parti MIC.  Selepas 2008 sehingga sekarang, Sg Siput diwakili wakil rakyat dari parti PKR dan MIC kelihatan sukar untuk kembali menguasai kawasan yang dulu pernah menjadi kubu kuatnya.

Maka tidak hairan Cameron Hoighland pula kini menjadi kawasan selamat MIC.  Presiden MIC yang kalah di Sg Siput pada tahun 2008, beralih ke Cameron Highland pada tahun 2013 dan menang.

Krisis dalaman MIC bagaimanapun menyebabkan Parlimen Cameron Highland seolah diwakili calon parti bebas.
Justeru sampai masa MIC menebus kembali kepada orang Cameron Highland ini dengan membenarkan calon baru dari parti MyPPP untuk mengambil alih kawasan tersebut dan menjaganya dengan baik.

Cameron Highland adalah kawasan selamat BN, bukan MIC.  Kalau sudah gagal menjalakan tugas dengan baik atas apa pun alasan, elok serah kepada parti komponen lain, selesaai masalah.

Lagipun, berbanidng MIC, politik MyPPP adalah jauh lebih stabil dan berada dalam kawalan Presidennya, Tan Sri M Kayveas.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan