Isnin, 19 Mac 2018

MIC Perlu Akui Cameron Highland Jadi Mangsa Krisis Dalamannya


Rakyat di Cameron Highland memang sudah terbukti setia kepada kerajaan Barisan Nasional.  Letaklah siapa pun disitu, kemenangan akan menjadi milik BN.

Perkara ini dilihat sejak Datuk Sri S. Devamany menang di kerusi tersebut pada tahun 2008, sebelum digantikan oleh Datuk Sri S. Palanieval pada tahun 2013 lagi, rakyat Cameron Highland terus menaruh kepercayaan kepada BN.

Bagaimanapun krisis dalaman MIC yang menyaksikan ahli parlimen kawasan tersebut disingkirkan dari parti itu, telah menyebabkan rakyat di Cameron Highland terabai tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya dari wakil rakyat mereka.

Begitupun Cameron Highland mempunyai banyak isu yang memerlukan perhatian segera, memandangkan kedudukannya sebagai antara pengeluar hasil pertanian terbesar Negara, krisis dalaman MIC telah menyaksikan peranan yang sepatutnya dimainkan ahli parlimen kawasan itu, terhad.

Nasib baik kekurangan ini diisi oleh seorang lagi pemimpin parti komponen BN, Tan Sri M Kayveas dari parti myPPP yang secara sukarela mengisi selang yang ditinggalkan.  Keluh kesah penduduk Cameron Highland yang sepatutnya diambik berat ahli parlimen sekarang, kini diambil alih oleh Kaveyas yang sejak beberapa tahun lepas, turun memberikan khidmat beliau di kawasan tersebut.

Justeru, sampai masanya MIC meletakkan kepentingan BN lebih dari segalanya dengan menyerahkan kawasan ini myPPP dengan calonnya Kayveas.  MIC perlu mengakui, krisis dalaman parti tersebut telah menyebabkan rakyat di kawasan Cameron Highland tidak terbela dan harga ini perlu dibayar dengan menyerahkan parlimen tersebut itu ditandingi parti komponen lain dalam PRU14 yang akan dating.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan