Jumaat, 8 April 2016

Boleh Hentam Mahathir Jangan Hancurkan Proton

PROTON ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.

Proton merupakan idea berwawasan Dr Mahathir dan tidak hairanlah beliau dilantik sebagai penasihat sejak 2003 selepas bersara sebagai perdana menteri ke 4,beliau juga dilantik sebagai pengerusi Proton berkuat kuasa pada 16 Mei 2014 dan Pengerusi Group Lotus plc (Lotus), iaitu anak syarikat Proton.

Kereta keluaran pertama dinamakan Saga (27 Jun 1984 pengumumam nama model bagi kereta nasional Proton Saga).dan dilancarkan pada tahun 1985 dengan hanya mempunyai kandungan tempatan sekitar 19% dan sudah dikira baik untuk permulaan.

Melalui permulaan 19% bahan tempatan Proton dapat mempelajari teknologi juga skil serta pengetahuan berkaitan automotif yang memerlukan ketekunan(disiplin) tinggi disamping pengetahuan luas.

Hasilnya,selepas 15 tahun Proton Waja menjadi kenderaan tempatan pertama mengunakan bahan buatan tempatan 100% bermula daripada rekaan,prototaip sehinggalah berada diatas jalan raya setelah dilancarkan 8 Mei 2000 oleh Dr Mahathir.

Mungkin ramai tidak tahu atau tidak ambil tahu mengenai pengeluaran kereta itu melibatkan pelaburan sebanyak RM1 bilion merangkumi kos intelektual (bagi reka bentuk) dan kos kejuruteraan fizikal.

Sejak Proton dibuka sekitar 77 ribu lebih pekerja terlibat,ertinya Proton juga membuka peluang pekerjaan kepada anak negara.

Oleh itu kerajaan perlu memulihkan Proton berdasarkan rekod kecermelangan bukan mengentam Proton kerana urus tadbirnya.

Tidak ada sesuatu yang baik itu tidak pernah dilihat tidak baik oleh sesiapun,sekiranya sesuatu yang tidak baik berjaya dipulihkan jangan lupa mereka yang dahulu bertungkus lumus mewujudkan model.

Ingatlah sebelum merdekanya negara ini berapa ramai rakyat terkorban nyawa dan ketika itu tiada antara kita yang dapat membayangkan keamanan boleh terjadi seperti sekarang.

Jika mahu hentam Dr Mahathir,hentamlah namun jangan sesekali menghancurkan hasil kebangaan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan