Jumaat, 15 April 2016

Hantu Histeria Ganggu SMK Pengkalan Chepa 2

Kota Bharu-Isnin lalu kira kira jam ll pagi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, di sini, yang mempunyai 1,044 pe lajar dan 84 guru diganggu 'sesuatu' hingga menyebab kan berlaku histeria besar besaran.

Keadaan menjadi Iebih buruk apabila 'semangat gelap'merasuk lebih ramai pelajar dan guru selama tiga hari berturut tu rut sehingga kelmarin.
Jumlah keseluruhan mere ka dirasuk men cecah 59 pelajar serta lapan guru.

Ustaz dan pengamal perubatan Islam dijemput untuk memulihkan sekolah itu semula sejak Rabu dengan mereka terjejas dlbawa ke bilik rawatan. Ada yang termenung dan meracau juga turut dipulihkan.

Ketika sekolah itu 'dibersihkan' dan diberi cuti peristiwa semalam, SMK Kubang Kerian, di sini, pula diserang ancaman' serupa pada jam 12.45 tengah hari semalam mengakibatkan tujuh pelajar perempuan tingkatan empat dan seorang guru wanita digang gu.

Difahamkan, 40 minit masa diperuntukkan untuk memulihkan pelajar sekolah itu sebelum pelajar dibenarkan pulang. Namun keadaannya belum lagi separah SMK Pengkalan Chepa.


Wartawan Muhamaad Rais Ismail dan jurugambar Syamsi Suhaimi berkesem patan menemu bual mangsa dan menyelami perasaan mereka diganggu.


1. Mangsa histeria, pelajar SMK Pengkalan Chepa 2, Nik Nor Awadah Rohairul,15.
"Ketika itu (Isnin) saya belajar dalam kelas, tiba tiba terdengar pelajar men- jerit dan ia seperti berjangkit kepada orang lain.

Keadaan menjadi kelam-kabut apabila semakin ramai meracau dan menjerit sebelum kami semua di minta berkumpul di surau sekolah.

Tidak semena-mena saya berasa sangat takut dan jadi lemah. Saya juga ikut menjerit tidak berhenti sebelum menyedari ada guru dan rakan menenangkan.

Saya ingat, dua kali saya diserang dan kali kedua pada Rabu. Ada rakan nampak lembaga hitam di ka wasan kelas dan tandas perempuan, tapi saya tak nampak.

Cuma saya merasakan 'benda' itu berada berhampiran dengan saya ketika itu. Tapi Alhamdulillah ustaz datang membantu dan saya semakin pulih."

2. Ibu Nik Nor Awadah, Nik Sunizan Nik Shafik, 44.
"Sebagai ibu sudah pasti saya terkejut selepas di maklumkan anak dise- rang histeria.

Sebaik dimaklumkan guru, saya terus ke sekolah untuk mengambilnya pu lang, tetapi terkejut apabila lihat ramai pelajar dan guru menjerit.

Takut juga, tapi keadaan anak lebih penting. Ketika saya menemuinya, dia semakin pulih selepas dibantu ustaz.
Pada Selasa, saya bekal kan lada hitam kepada anak saya sebagai 'pelindung' selain berpesan ke padanya sentiasa membaca ayat suci al-Quran dan menjaga kelakukan.

Cuma pada Rabu, dia sekali lagi diserang, sekali gus membuatkan saya semakin resah. Mujur ia tidak seteruk kejadian pertama.

Harapan saya pihak se kolah dapat lakukan sesuatu supaya perkara sama tidak berulang kcrana ia boleh mengganggu pelajaran pe lajar di sekolah berkenaan.

Saya yakin sekolah akan buat yang tcrbaik dan ber harap sesi persekolahan Ahad ini berjalan seperti biasa."
3. Guru Pendidikan Jas mani SMK Pengkalan Chepa 2 Norlelawati Ramli, 32, yang hampir histeria.

"Selepas cuba menenang kan seorang pelajar yang histeria di tingkat cmpat, saya rasa tidak sedap hati sebelum tangan tiba-tiba menjadi berat.


Serentak itu kelibat lem baga hitam tiba-tiba melintasi pandangan dan saya terasa seperti ditarik. Saya se gera membaca ayat Kursi dan tidak lama kemudian 'dilepaskan'.

Saya tidak menjerit, tetapi tiba-tiba hati saya sedih sa - ngat dan mcnangis. Ini pengalaman pertama saya melalui kejadian begini."

4. Guru Kimia SMK Peng kalan Chepa 2 Kamariah lb rahim, 48, yang hampir di- rasuk.
"Ketika menenangkan pelajar, saya terasa seperti ada sesuatu cuba masuk ke dalam badan saya.

Saya tiba tiba rasa meremang dan kebas di pipi sebelum dikerumuni beberapa rakan membacakan ayat Kursi.

Saya tidak meracau, tapi menangis tidak berhenti selama sejam ketika terdengar surah Yassin sebelum tenang kemudiannya."

-Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan