Isnin, 11 April 2016

Bantah DLP Kerana Tak Faham Bahasa

Modal apa yang cuba diketengahkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sehingga tidak tahu membezakan kepetingan Ilmu kepada generasi akan datang.

Tuan Ibrahim faham atau tidak? apa sebenarnya DLP yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam Bajet 2016.

Baca dari apa yang dinyatakan oleh Tuan Ibrahim yang dipetik dari Harakah Daily "Kita berhimpun bukan untuk kita tapi kita fikirkan generasi masa depan," ucapan ini ketika bantahan terhadap pelaksanaan DLP di Taman Tasik Titiwangsa.

Umumnya ibu bapa mahu anak-anak menguasai pelbagai bahasa untuk memudahkan anak-anak mereka berhubung dengan dunia,jadi mereka yang ikut serta membantah LDP menunjukan diri tidak faham bahasa.

Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan ,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan inisiatif DLP dan HIP yang akan dilaksanakan dan peruntukan sebanyak RM38.5 juta disediakan.

Sebanyak 300 sekolah perintis akan melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) sejajar dengan usaha pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Walaupun DLP dilaksanakan ia tidak sesekali meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang dijamin oleh Perlembagaan.

Islam menuntut adakan hubungan baik antara sesama manusia pelbagai bangsa,Adakah Tuan Ibrahim dan yang menyertai himpunan bantah DLP atau membantah secara diam jika kenegara Amerika masih menggunakan bahasa Melayu.

Jika Tuan Ibrahim masih berfahaman sempit dikala Malaysia di kenali dunia yang penduduk bertutur dalam pelbagai bahasa,rasanya Tuan Ibrahim tidak memahami keperluan bahasa hubungan antara bangsa.

Tuan Ibrahim mungkin kurang mengerti apa yang dimaksudkan menuntut ilmu termasuk salah satu kewajiban.
Kewajiban menuntut ilmu, tidak hanya untuk bidang agama saja, tetapi mencakup semua bidang yang bermanfaat bagi kehidupan manusia termasuk belajar mermacam-macam bahasa.

Alquran surah Al-Alaq ayat 1-5. menjadikan kegiatan menuntut ilmu bukan sekadar perintah biasa, melainkan kewajiban setiap muslim.

Sehubungan dengan itulah juga kerajaan Malaysia mengambil berat tentang Ilmu yang perlu diketahui dan dipelajari oleh setiap pelajar agar mereka senang berurusan dengan berbagai-bagai disiplin Ilmu yang dipelajari termasuk subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa.

Mengenai bahasa Melayu bahasa kebagsaan yang juga bahasa percakapan rakyat negara ini seperti yang termaktub dalam perlembagaan tetap tidak berubah malah tidak akan hilang malah tetap dijaga.

Manakala program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Pilihan kepada sekolah berdasarkan kepada permintaan ibubapa dan pengetua serta kesediaan sekolah melaksanakannya.

Antara syarat yang dikenakan bagi sekolah terpilih adalah tahap Bahasa Malaysia berada pada tahap baik dari segi pelaksanaan dan pencapaian, selain daripada mempunyai sumber yang mencukupi sperti kesediaan guru-guru untuk mengajar dalam dwibahasa dan sokongan ibubapa.

Program ini selaras dengan objektif meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan juga memberi peluang kepada sekolah dan ibubapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif.

Sekolah yang terpilih boleh menawarkan DLP untuk murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 . Buat permulaan, program ini ditawarkan kepada sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK).

Program bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris melalui peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa itu dalam komuniti sekolah dengan menanamkan sikap positif kepada murid terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris.

Dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan beberapa negeri seperti Perlis dan Perak menjadi negeri pilot.
Pendekatan dengan memberi fokus kepada pengupayaan sekolah, oleh sekolah dan untuk sekolah.

Sekolah akan dibekalkan dengan sarana pelaksanaan supaya aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan konteks dan kemampuan sekolah dan komuniti.

Tuan Ibrahim sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan yang menyediakan peruntukkan besar untuk rakyatnya menguasai bahasa selaian dari bahasa Melayu.

Tuan Ibrahim juga harus ingat,PAS dengan kempenya untuk menumbangkan Barisan Nasional membuka lorong seluas-luasnya untuk DAP menjadi parti pembangkang terbesar negara ini dengan jumlah kerusi Parlimen 37 manakala PAS hanya 13.

Apakah Tuan Ibrahim mahu membanggakan kemunduran rakyat dari terus buta bahasa lain, selain dari bahasa Melayu.

-Hot Kelate

Tiada ulasan:

Catat Ulasan