Susah payah Melayu dahulu kala kini semakin dilupai genarasi kini apa lagi generasi akan datang.
Mungkinkah semangat Melayu yang dilaungkan dahulu sama dengan sekarang?pastinya dunia semakin berubah,bukan sahaja bentuk muka buminya yang penuh dengan pembangunan,namun apakah pembangunan minda yang penuh dengan pelbagai ilmu boleh mengekalkan semangat Melayu dahulu kala?.
Nampak gayanya Melayu akan tinggal segala-galanya bukan sahaja budaya malah sikap pahalawan akan diserah tanpa sengaja kepada orang lain yang awalnya menumpang dibumi ini.
Rela menolak Melayu bersyahadah dikerana benci sanggup menerima mereka tidak reti ucap kalimat hak disisi zat Ilahi.
Bohong umat Melayu bersyahadah ada taubatnya,bohong umat menolak kalimah suci taubatnya dilaknat Allah.
Kesedaran apakah jika cetek ilmu landasan ukhrawi,dunia umpama syurga sedang lakunya seperti neraka,mencerca sesama umat syahadah umpama pantun seloka,pemimpin dipersenda seperti boneka ,bukankah itu perangai jahiliah.
Mengaku Allah layak disembah,tidak menolak segala pesuruh-Nya utusan Allah,perangai pula mengalahkan si gila mabuk tuak.
Melayu apakah ini?,Melayu tak malu pada diri,Melayu tak malu pada generasi dahulu,mengajar erti jauh taat pemimpin.ketua kerajaan dicaci maki,sedangkan Tuhan tidak mahu ia terjadi.
Kasihan pada diri Melayu,5 waktu sujud dahi,baca pula hidup dan mati ku,ku serah pada Ilahi,bila di uji Tuhan tidak di takuti lagi.
Melayu apakah ini?
Melayu tidak tahu mengenang budi jauh sekali mengenang jasa,apa yang Melayu tahu pagi-pagi buta buat dosa umpat caci pemimpin macam diri bersih seputih kapas seperti kain kafan pembukus mayat yang akan di ratah ulat.
Bertanya nombor satu,bila suruh jawab larinya serupa hantu,Melayu apakah ini? semakin layu semakin longlai seperti baru dikejar ular berbisa.
Melayu kini tahu merungut tak tahu berusaha buat dosa tahu pula bila ditegur kita dicerca.memang bangsat Melayu sungguh dahsayat.
Darah mengalir dahulu mempertahan bumi ini tidak pernah diambil kira,sejarah diangap sajak penglipura dalam hikayat dongeng purba kala.
Bangau oh bangau menjadi amalan,sampai akhir hayat mencari salah orang,salah diri seperti besi berkarat,kalau ada tak pernah mahu bertaubat.selepas bertaubat buat lagi.
Apakah Melayu kini sudah tergadai nilai jati diri,tahu sembahayang,tahu pergi haji,tahu keluar zakat,tahu apa itu qada dan qadar Tuhan berpokok pada syahadat,namun itu semua seperti air di daun keladi.
Tak reti takutkah Melayu,tak faham bahasakah Melayu,tak mungkin,tak mungkin kerana kita telah bermukim di bumi bertuah ini sejak sekian lama,kenapa kucah dibiar jadi gelombang membentuk ombak menjadi badai kerana kebencian.
Gelombang tak membentuk menjadi satu dikala badai membadai bidai dan tirai ampuh yang disanjung Melayu.
Sanggah kena,tak sanggah pun kena akhirnya tersungkur di bumi sendiri,tak guna lagi air mata ditadah selautan dikala darah mengalah gugur di tikar kebencian terlampau.
Bangkitlah membajak semangat juang yang masih bersisa ini,bangunlah dari mimpi lena bersama dayang mewah tular serakah.
Pasti kamu Melayu akan menyesal pada detik maruah pertiwi lumat ditikam sang penumpang yang mengalahkan kita dikampung sendiri.
Kau dan aku Melayu,aku tak bisa berkata apa-apa kiranya kau tidak rela perbetul silap diri,tak guna 44 guru kau belajar silat jika pelindung marwah tidak dipasak sedalam lautan.tika itulah kau akan tahu keris kebangaan bangsa nan tajam terasa tumpul.
Lembing panjang tak tahu nak pegang,harapkan parang sependek akal Melayu tak mungkin gelumpur musuh dihentam,kerana mereka tak lagi guna parang tapi guna mariam.
Bangkit Melayu dibawah payung lembayung sebelum senja jika tidak mahu tongkat dipinta,kerana kita bangsa pernah menentang penjajah.
Tapi sayang,sulbi anak bangsa kecut kedalam banyak mengalah tergadai ditangan orang.
Selasa, 7 Februari 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan