Isnin, 6 Februari 2017

Pas Tak Mungkin Redha Dijadikan Anak Tangga Sekali Lagi

Mursydul Am Pas
Hashim Jasin 
Pas terus tersempit diantara ahli dan pemimpin sehingga terpaksa bermain wayang diantara kesungguhan dan acuh tak acuh dalam usaha membentuk gabungan politik antara parti pembangkang lain dan Barisan Nasional.

Pas kena sedar,andainya bersendirian Kelantan boleh dipertahankan pada PRU14 akan datang adalah lebih baik memilih bersendirian biarpun dikatakan Pas layak digelar parti pantai timur.

Kalau peluang pertahan Kelantan tidak cerah adalah lebih baik adakan kerjasama politik DENGAN PEMBANGKANG LAIN atau dengan Barisan Nasional yang terbukti kuat dan kukuh sejak awal-awal pilihan raya diperkenalkan.

Kerjasama yang dirancang bersama PPBM parti yang di asas atas haloba kuasa dan dendam tidak mungkin mendapat keuntungan berikutan PPBM tidak pernah ada kerusi diatas usaha sendiri.

Pastinya PPBM mengharap sesuatu dari Pas,seperti mengharapkan kawasan bertanding yang boleh menang.

Dalam masa Pas berada dalam kesakitan,rasanya tidak mungkin Pas patut mengorbankan kawasanya pada parti yang mahu jadikan anak tangga untuk naik lebih tinggi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan