Sabtu, 11 Mac 2017

Jari Palsu Untuk PRU14 Fitnah Dari Parti Dalam Pakatan Harapan

DAKWAAN seorang wakil rakyat dari PKR Selangor yang cuba mengambarkan Barisan Nasional terdesak untuk menang PRU14 dengan dakwaan rekayasanya satu tindakan terdesak dan tidak masuk akal.
Siapa wakil rakyat tersebut?

Yang dimaksudkan adalah Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga ,Shah Alam,Selangor.
Nama-Rodziah.

Kenyataan berkaitan jari palsu yang sedang heboh dimedia sosial boleh dirujuk pada artikel yang disiarkan Selangorkini dengan tajuk,’ Ada pihak bawa masuk jari palsu dari China untuk PRU-14?

SHAH ALAM, 27 FEB: Menyedari semakin ditolak rakyat, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pelbagai helah atau penipuan bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismai berkata, selain memindahkan pengundi dengan sewenang-wenangnya, kemasukan jari palsu yang ditempah khas daripada China juga menimbulkan tanda tanya.-Selangorkini February 27, 2017 9:33 am.

Hari ini Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan pihaknya proses pilihan raya yang dikendalikan suruhanjaya itu adalah bersih, telus dan bebas daripada sebarang penipuan atau penyelewengan.
“Ini berikutan terdapat dakwaan seorang ADUN di Selangor bahawa jari palsu diimport dari China oleh pihak tertentu untuk digunakan bagi tujuan menipu dalam pilihan raya akan datang, yang mana gambar jari palsu dan botol dakwat pilihan raya sudah menjadi viral di laman sosial.Berita Harian Online JUMAAT, 10 MAC 2017 @ 4:36 PM.



Berkaitan gambar jari palsu dan botol dakwat (gambar diatas)yang dimaksudkan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah,adalah berasal dari laman sosial seseorang dari negara jiran.

Gambar tersebut seperti yang tersebar saat ini dimuat naik oleh pengguna Facebook dinegara jiran pada 14/2/2017 dan gambar tersebut diambil dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di negara ini bagi menipu dan memburukan kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya.

Shah Alam adalah satu kawasan statistik tinggi denggi,mungkin wakil rakyat tersebut mengalami satu penyakit yang sukar dikawal akibat gigitan nyamuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan