Sabtu, 11 Mac 2017

PAS Atau PKR Yang Tersempit

Apa yang diperkatakan kini,kedudukan PKR Selangor terancam berikutan PAS sedang timbang tara hubungan baik antara dua parti itu berikutan PKR masih lagi ada kerjasama politik dengan DAP.

Muktamar parti Islam itu pada April ini yang dijangka diadakan di Kedah menjadi noktah kepada hubungan PAS dan PKR.

Situasi kebimbangan pemimpin PKR berkaitan kuasa politik parti itu mula diperkatakan sejak berkuburnya Pakatan Rakyat.

Secara rasminya Pakatan Rakyat yang wujud 1 April 2008 diusahakan bersama para pemimpin parti-parti politik pembangkang bagi membolehkan suara mereka dianggap berada pada satu landasan.

Namun pengorbanan yang dibuat PAS bukan sahaja dilihat tidak berharga malah dijadikan pula seperti Kaldai pembawa kitab, malah PAS juga dijadikan tangga tempat rakan-rakan lain pijak.

Usaha PAS menyokong dikalangan pemimpin PKR untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor ketika pergolakan politik antara bekas Menteri Besar pada waktu itu,Abdul Khalid Ibrahim antara usaha bermakna apabila Azmin Ali diperkenan sebagai Menteri Besar baharu.

Sehingga dikatakan antara penyebab utama kebertahanan hubungan antara PAS dan PKR adalah berkaitan kerusi penting yang diduki Azmin Ali sekarang.

Disebalik kancah politik yang berlaku di Selangor,PAS dilihat tiada kekuatan malah bisu dari menegur kewujudan pusat judi dan rumah urut seronok seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Ketika UMNO/BN memerintah Selangor PAS bukan kepalang hebat membantai UMNO dalam berberapa isu termasuk kilang arak yang ada di Shah Alam.

PAS juga turut membela DAP malah turut memberi gelaran seorang pemimpin DAP seperti khalifah agung Islam yang zuhud.

Tetapi sayang,ketika memuncaknya isu rumah judi dan rumah urut seronok di Selangor PAS pula seperti Kaldai pembawa kitab.

Sejarah tidak padam disitu,tuduhan UMNO menolak Islam juga turut berkumandang bukan sahaja di media malah turut dilaungkan pada alat siar raya.

Tuduhan UMNO tolak Islam mula berkurangan penghujung 2014.

Apabila pemimpin PAS sedar mereka dianggap seperti Kaldai pembawa kitab mereka mula membicangkan isu menjadi kehendak kepada teras perjuangan seperti hudud dan berkaitan tetapi ditentang DAP.

Sebelum penentangan hebat dari DAP berlaku,ada yang menyindir kononya orang bukan Islam lebih faham hudud dari yang mengaku membela Islam.

Kuasa PAS atau PKR terumbang-ambing di Selangor
PAS sekiranya tidak memutuskan kerjasama politik dengan PKR akan dianggap parti yang dipimpin oleh manusia berlidah biawak.

Alasan tidak mahu adakan kerjasama dengan Pakatan Harapan sebab parti lain ada hubungan dengan DAP menjadi satu trademark masa kini.

PAS yang bekerjasama dengan PKR yang terang-terang ada hubungan politik dengan DAP itu pula layak dinamai pakatan apa pula?.

Cacamerba pemimpin PAS inilah akan dilihat rakyat sebagai sikap manusia tiada pendirian.

PAS kelihatannya seolah-olah takut untuk membuat kata putus tentang hubungan dengan PKR.

Pemimpin PKR kelihatan lebih selesa sekiranya PAS masih ada hubungan politik dengan mereka walaupun dikalangan pemimpin PAS dituduh berlidah biawak asalkan kerusi PKR tidak terjejas di Selangor.

Sumbangan besar PAS pada Pakatan Rakyat menjadikan parti pembangkang lain terutamanya PKR ada kedudukan di Selangor dan hakikat itu patut diakui parti pembangkang negara ini.

Pemimpin PKR kecut perut dan mengambil langkah tidak mencampuri walaupun DAP yang dibantu PAN membantai PAS.

PKR sedar 30% kerusi yang dimenangi pada PRU 13 di Selangor bergoyang hebat terutamanya dikawasan pengundi peratusan tinggi Melayu jika PAS memutuskan hubungan politik.

Manakala kedudukan kerusi yang dikawasan pengundi campur-campur juga dilaporkan akan bergoyang sekiranya PKR masih ada hubungan politik dengan PAS berikutan penolakan pengundi bukan Melayu terhadap PAS.

Kedudukan kerusi PAS di Selangor juga dilihat terancam sekiranya keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR dimuktamadkan.Kerana kemenangan setiap parti dalam Pakatan Rakyat pada PRU 13 dari hasil kerjasama.

Untuk PAS menduduki kuasa sebagai kerajaan di Selangor sekiranya hubungan politik tiada lagi dengan PKR pastinya sukar,manakala PKR masih lagi ada peluang untuk berkongsi kuasa dengan DAP dan PAN serta PPBM sekiranya Barisan Nasional tidak berjaya menubuhkan kerajaan Selangor.

Kesukaran PKR hanya untuk mengekalkan jumlah kerusi yang dimenangan pada PRU 13 sekiranya PAS memutuskan kerjasama politik.

Kedudukan PAS dilihat lebih sukar untuk berada dalam kerajaan Selangor kecuali berjaya menghasilkan kemenangan yang melayakkan PAS memerintah Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan