Sekadar luahan:Kami blogger jalanan tidak mintak jenazah dikuburkan ditanah perkuburan pahlawan,Ada fahamkah?
Tanggapan penulis blogger jalanan seperti saya mengharapkan imbuhan daripada sesorang pemimpin tidak tepat sama sekali.
Saya sendiri pun dianggap begitu,namun persepsi itu tidak mematahkan semangat untuk terus menjadi penulis jalanan.
Walaupun saya bukan ahli mana-mana parti,kecintaan saya kepada barisan nasional dan keseluruhan pemimpinya tidak berbelah bagi walaupun kekadang keritikan saya terhadap mereka amat pedas.
Mula berjinak dengan dunia blogger sejak 2007,hingga kini saya memiliki 5 blog yang kesemuanya aktif.
Tuduhan begitu tidak sepatutnya keluar dari rakan-rakan yang mencitai pemimpin parti yang sama, kerana mereka sendiri tidak mampu melakukan sebagaimana rakan-rakan blogger lain.
Rutin kehidupan seorang blogger tegar seperti saya dari bangun tidur hingga 2 pagi masanya banyak menghadap lappy atau PC.
Mungkin rakan-rakan anggap saya tidak bekerja,saya sebenarnya bekerja sebagaimana kakitangan pejabat lain dan memperolehi gaji seperti orang lain yang bekerja.Masa rehat waktu bekerja saya gunakan untuk menulis blog atau mencari isu-isu semasa berkaitan dengan politik untuk di analisis bagi tujuan untuk tulis artikel yang akan disiarkan.
Mustahil saya dapat tidur pukul 10 malam,tidak mustahil hari-hari saya tidur pukul 2 atau 3 pagi dan jam 6 dah bangun.
Kalau hari cuti seperti sabtu dan ahad selalunya saya dan rakan-rakan bloggin lain akanberkumpul sambil minum dimana-mana warung berdekatan dengan tempat tinggal
Disitulah kami bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan isu semasa politik.
Setiap kali perjumpaan bukan sikit kos sendiri digunakan,kalau ikut kan rasa hati kecewa,kami semua dah berhenti jadi penulis blog yang tidak menghasilkan apa-apa nilai tambah peribadi.
Labih baik kami jual ayam goreng tepi jalan yang dah pasti mendatangkan nilai tambah kepada kami.
Tohmohan dari rakan seperjuangan yang mencita parti sama sepatutnya tidak berlaku,kerana perjuangan kami memberi laba kepada orang lain.
Kami memang memerlukan bantuan kewangan,tetapi siapa mahu bantu,kerana sebahagian pemimpin dalam bahagian tengok blogger pun dah tak selesa takut kami mintak peruntukan.
Kami berjuang dengan cara kami,dan kami tidak mintak jenazah kami di kuburkan di tanah perkuburan pahlawan.
Ahad, 12 Mac 2017
New
Kami Blogger Jalanan Tidak Mintak Jenazah Dikuburkan Ditanah Perkuburan Pahlawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan