Walaupun keadaan belum ribut kalut,tegang,bimbang mula terasa dibenak seluruh rakyat negara ini.
Kita semua tahu,pembunuhan Kim Jong-nam(gambar baju putih semasa kanak-kanak) di negara ini satu petaka yang dirancang berikutan perintah bunuh oleh pemerintah korea Utara sebelum ini menjadikan kita tidak sangsi.
Pada 2012, seorang egen Korea Utara mengakui disuruh untuk menyerang Kim Jong-nam tetapi tidak dilakukan.
Oleh itu,kita sebagai warga di negara berdaulat ini patutlah menyeru diri sendiri agar bersatu padu mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta ini dengan yang lain.
Sikap tidak menghormati negara lain dan bertindak diluar peraturan antarabangsa dan kemanusia bukanlah satu pekara baharu pada negara itu.
Marilah sama-sama berdoa dan memberi keprihatinan kepada mangsa tahanan di negara Korea Utara dan keluarga mereka.
Krisis bukanya dimulai oleh Malaysia sebaliknya negara kuku besi itulah yang tidak mahu melihat kebenaran dari hasil siasatan.
Oleh itu,ketegasan kerajaan terhadap provokasi Korea Utara adalah demi mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat adalah tepat dengan masa.
Penulis berpendapat,Malaysia perlu menggunakan pihak ke tiga,antaranya negara China,kerana ekonomi Korea Utara bergantung kepada China.
Hubungan baik Malaysia dengan China tidak boleh dipertikai malah menimbulkan kecemburuan parti pembangkang sehingga sanggup mendakwa negera ini telah dijual kepada China.
Oleh itu,penulis sarankan agar Malaysia memberi keutamaan kepada China bagi menyelesaikan krisis ini.
InsyaAllah,hubungan baik Malaysia susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dilihat satu peluang cerah untuk Malaysia mohon bantuan bagi menyelesaikan krisis yang rumit untuk diperkatakan oleh rakyat.
Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah mudah-mudahan pendekatan diplomasi yang akan diambil kerajaan dapat melegakan semua pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan