Sabtu, 11 Mac 2017

Sanggup Simbah Petrol Pada Api Kerana Benci Najib

DAKWAAN Dr Mahathir tindakan Malaysia menyebabkan ketegangan dengan Korea Utara meyalahi nilai akal manusia normal.
Ini kerana Dr Mahathir dilihat seperti menyimbah petrol pada kebakaran supaya rakyat meyalahi kerajaan.

Sepatutnyanya Dr Mahathir nilai dari sudut undang-undang negara berdaulat ini bukanya dari arah kenafsuan semata-mata kerana membenci ketua kerajaan yang sedang diusaha untuk dijatuhkan dengan cara memburuk-burukan keperibadian.

Keterlupaan Dr Mahathir kepada peristiwa Memali yang mengakibatkan kematian rakyat salah satu ketidakcekapan beliau sebagai ketua kerajaan dan peristiwa itu menjadikan UMNO dibenci sehingga ke hari ini oleh masyarakat Memali.

Dr Mahthir mengatakan ketegangan antara Korea Utara tidak pernah berlaku atau dialami negara ini.Apakah peristiwa seperti di Memali sering berlaku dinegara ini?

Pembunuhan Kim Jong-nam sengaja diracang oleh musuhnya,dan Dr Mahathir patut tahu siapakah pernah mengeluarkan arahan bunuh sehingga mangsa semasa hayatnya terpaksa berlindung dinegara lain.

Walaupun Malaysia memilih berkecuali dan tidak terikat dengan mana-mana negara lain,tidak bererti Malaysia akan membiarkan sesuatu yang terjadi keatas warganegara luar yang berada di sini sama ada pelacong atau yang bekerja.

Apakah Dr Mahathir mahu?,kiranya berlaku seperti yang terjadi kepada Kim Jong-nam pelaku patut dibebaskan begitu sahaja,kerana ingin menjaga hubungan baik walaupun maruah negara diletakkan dibawah tapak kaki oleh pemimpin negara lain.

Dr Mahathir kini melebihi kebencian daripada mencari kata penyelamat sedangkan rakyat negara ini ditahan di negara yang diperintah oleh pemimpin kuku besi.

Mungkin Dr Mahathir patut hantok kepala pada batu supaya akal mengenal perbezaan situasi tegang dengan situasi dipentas politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan