Dakwaan Mukhriz anak lelaki Mahathir berkaitan usaha parti itu kearah kerjasama dengan PAS yang belum ada kata putus telah diganggu oleh ahli PAS sendiri supaya kerjasama dua parti tidak berlaku sebagai usaha menutup malu pemimpin PPBM.
Untuk pengetahuan umat pembaca blog ini,PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang ada hubungan dengan DAP dan PAN.
Syarat utama PAS kepada PPBM dan mana-mana parti yang mahu adakan kerjasama politik harus menolak DAP dan PAN.
Sekiranya PPBM bersetuju dengan syarat itu tak susah-susah nak tunggu keputusan pada muktamar PAS yang akan diadakan di Kedah pada April ini.
Pastinya PAS dah bagi jawapan sekiranya PPBM sanggup putuskan hubungan politik dengan DAP dan PAN.
Kedudukan hubungan PAS dengan PKR juga telah diputuskan sama ada kekal atau tidak juga akan diumumkan pada muktamar pada April ini.
Mukhriz anak lelaki Mahathir hanya saja-saja main angin untuk menarik perhatian anak-anak muda Kelantan,hakikatnya Mukhriz sendiri dah tahu yang hasrat untuk adakan kerjasama dengan PAS adalah gagal.
Antara sebab utama adalah PPBM tidak sanggup putuskan hubungan atau kerjasama dengan DAP dan PAN.
Kalau sanggup mengapa presiden PPBM tidak umumkan?.
PAS setakat ini hanya bersetuju menentang Barisan Nasional pada PRU 14 ini dan bukanya dengan cara PAS bergabung dengan Pakatan Harapan.
Ini bermaksud PAS akan tentang Barisan Nasional bersendirian disamping itu PAS juga akan menentang mana-mana parti selain dari dalam Barisan Nasional.
Maksudnya,PAS juga akan tentang mana-mana calon dari Pakatan Harapan pada PRU 14 yang dijangka akan diadakan pada MAC 2018.
Sekarang ini yang terhegeh-egeh nak bersama PAS adalah PPBM bukanya PAS.
Yang menawarkan rundingan pada PAS juga PPBM dan bukannya PAS yang membuat tawaran rundingan kepada PPBM.
Mukhriz anak lelaki Mahathir kini tak tentu arah kerana sedar tanpa akui yang PPBM sukar untuk mendapat sokongan kaum bukan Melayu.
Pembohongan mengatakan PPBM laku macam pisang goreng hanyalah untuk menyedap hati sendiri.hakikatnya ahli parti itu hanya sekitar SERATUS DUAPULU LIMA RIBU sahaja.
Paling ramai menyertai PPBM hanya di Kedah iaitu kawasan kerusi yang dimenangi Mukhriz.
Dengan ahli sebanyak itu tak mungkin manusia cerdik pandai akan memilih PPBM untuk memerintah negeri-negeri di Malaysia.
Sabtu, 4 Mac 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan