Sabtu, 4 Mac 2017

Siapa Pemimpin BN Sabah Yang Mahu Musa Aman Diganti Dengan Shafie Apdal?

KENYATAAN Shafie Apdal bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib ada menawarkan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada beliau untuk menggantikan Datuk Seri Musa Aman.Kononya permintaan itu dibuat kerana ramai pemimpin Barisan Nasional terutama di kalangan Umno Sabah mahukan perubahan merupakan kenyataan tidak berasas sama sekali.

Kiranya tidak benar,kenyataan itu juga boleh dianggap untuk melaga-lagakan Najib dengan Ketua Menteri Sabah,Musa Aman

Kalau Shafie berani kritik 1MDB yang didakwanya sebagai penyebab beliau digantung dari Umno tidak ada sebab beliau tidak berani memberitahu siapa pemimpin Barisan Nasional terutamanya dikalangan Umno yang mahu perubahan dengan menggantikan ketua menteri yang disandang Musa Aman.

Semenjak Musa Aman dipilih sebagai ketua menteri Sabah tidak ada berita meniup khabar secara deras yang pemimpin Barisan Nasional negeri itu desak Musa Aman di ganti.

Shafie Apdal harus didesak memberi tahu siapakah dikalangan pemimpin Barisan Nasional yang mahu perubahan dengan mengganti ketua menteri Sabah.

Berita bertiup sebelum Shafie Apdal kritik 1MDB bukan sebagaimana penafian yang dibuat beliau,sebaliknya dikatakan memang berhasrat untuk menduduki jawatan ketua menteri Sabah,tetapi Najib sebagai perdana menteri tidak menolak kehendak rakyat dan pemimpin Barisan Nasional Sabah yang bersetuju Musa Aman dilantik sebagai ketua menteri.

Sekiranya benar Musa Aman tidak bagus atau termasuk dalam golongan orang tidak layak dilantik ke jawatan ketua menteri pastinya dari awal lagi beliau tidak akan dipilih.

Baca juga apa kenyataan Shafie Apdal yang disiarkan oleh mStar

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menolak dakwaan Perdana Menteri mengenai tindakannya keluar Umno kerana tidak diberi jawatan Ketua Menteri Sabah.

Bekas Naib Presiden Umno itu berkata, beliau tidak pernah meminta jawatan ketua menteri dan meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan kepimpinan parti itu.

“Saya tinggalkan Umno bukan kerana tidak ditawarkan jawatan ketua menteri, tetapi sebenarnya Najib ada menawarkan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada saya untuk menggantikan Datuk Seri Musa Aman.

“Permintaan itu dibuat kerana ramai pemimpin Barisan Nasional terutama di kalangan Umno Sabah mahukan perubahan. Bagaimanapun saya tidak terima tawaran itu,” katanya ketika berucap di Silam, Lahad Datu pada Sabtu.

Pada Jumaat, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa merujuk kepada Shafie berkata, ada bekas menteri Pusat yang keluar parti kerana tidak dilantik sebagai ketua menteri.

Beliau berkata, menteri berkenaan minta untuk menjadi Ketua Menteri Sabah dan tidak berpuas hati apabila permintaannya tidak dipenuhi.

Shafie yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah berkata, dia digantung daripada Umno kerana mengkritik 1MDB dan kini menerajui Parti Warisan Sabah.

“Saya keluar Umno kerana sudah putus asa,” katanya.

Shafie berkata, dia tidak pernah berhasrat untuk menjadi ketua menteri sebab itu tidak pernah meminta untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri, sebaliknya kekal di Parlimen Semporna sejak 1995.

(mStar)

Respect My PM-4/3/2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan