Beliau yakin dan percaya pembahagian kerusi pilihan raya konsensus pembangkang dapat diselesaikan sebelum menjelang PRU 14.
Saifuddin nak tipu siapa atau hanya menyatakan sesuatu yang sukar dengan ungkapan mudah bagi menyedapkan perasaan hati pemimpin Pakatan Harapan.
Kenyataan Sifuddin nampak bayangan tidak berupa bagi melindungi sesuatu yang tidak semudah kenyataannya agar tidak menjadi isu hangat antara penyokong parti masing-masing terutamanya dikalangan ahli PAS.
Kalau sekadar rundingan pembahagian kerusi berjalan dengan baik tidak semestian keputusan yang diperolehi nanti juga baik,sebagi contoh di PRN Sarawak yang menyaksikan pertembungan sesama pembangkang,sedangkan kenyataan yang dikeluar oleh pemimpin parti dalam pakatan cacamerba juga lebih kurang sama dengan kenyataan Sifuddin.
Rakyat percaya rundingan berjalan dengan lancar hanya dikalangan parti dalam Pakatan Harapan dan PPBM yang meletakkan sebelah kaki dalam pakatan itu.
Keputusan pembahagian kawasan pilihan raya bagi menghadapi PRU 14 mungkin mudah dengan 3 parti iaitu PKR,DAP,PAN,manakala itu tak mungkin mudah dengan PAS.
Bagaimana PAS boleh bersetuju dengan pembahagian kawasan atau kerusi yang akan ditandingi pada PRU 14 sedangkan PAS masih tidak bekerjasama dengan mana-mana parti yang mencium buntut DAP.
Untuk pengetahuan umat pembaca blog ini,antara PAS dan PKR juga akan menjadi satu episod tragis kerana hubungan kedua parti itu dikaji semula oleh PAS dan keputusannya akan diketahui pada muktamar yang akan diadakan pada Aprli ini di Kedah.
Bagaimana Saifuddin boleh menyatakan rundingan pembahagian kerusi pilihan raya turut diambil kira termasuk dengan PAS.
Pemimpin PAS tidak mungkin bersetuju dengan keputusan yang akan diperolehi nanti kerana PAS sendiri ada hak membuat keputusan melalui mesyurat mereka.
Saifuddin sepatutnya melihat rundingan pembahagian kerusi itu hanya dengan tiga parti dalam Pakatan Harapan dan PPBM sahaja,kerana PAS tidak akan mengikuti kehendak atau keputusan para pemimpin pencium buntut DAP.
PAS ada ahli mesyuarat dan pengarah pilihan raya sendiri,dan merekalah yang akan membuat keputusan kawasan PAS akan bertanding bukanya puak-puak dalam Pakatan Harapan-Respect MyPM 4/3/2017-
Baca juga kenyataan Saifuddin yang disiarkan Selangorkini
Rundingan Pakatan berjalan baik, KEADILAN ambil kira hubungan dengan PAS
SHAH ALAM, 4 MAC: Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (Pakatan), Datuk Saifuddin Abdullah yakin pembahagian kerusi pilihan raya konsensus pembangkang itu dapat diselesaikan sebelum menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Beliau berkata, pada masa ini rundingan kerusi Pakatan berjalan baik dengan mengambil kira hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan hubungan yang terjalin antara Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dengan PAS.
“Soal pembahagian kerusi biasanya mengambil sedikit masa dan ia melibatkan beberapa pusingan pertemuan apabila buat masa ini sudah ada perundingan awal di dalam ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Harapan dan keduanya, kita menjalinkan hubungan dengan PPBM.
“Rundingan dibuat bukan sahaja dalam kerangka Pakatan Harapan tetapi juga mengambil kira kerjasama yang dah mula terjalin antara Pakatan Harapan dan PPBM dan pada masa yang sama kita juga mesti mengambil kira masih ada perundingan antara kita dengan PAS,” katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.
Jelasnya, isu rundingan kerusi haruslah dilihat dalam gambaran lebih besar dengan melibatkan rakan kongsi lain termasuk PAS yang mempunyai hubungan dengan KEADILAN.
Katanya, muafakat dan saling memahami merupakan kunci utama untuk menjayakan rundingan pembahagian kerusi pilihan raya.
-Selangorkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan