Ahad, 5 Mac 2017

Rakyat Setuju Kedutaan Korea Utara Di Usir Keluar

Saya blogger jalanan tidak pernah membuat sebarang komen barkaitan tragedi pembunuhan Kim Jong-nam berikutan kes pemunuhan itu melibatkan antara dua negara iaitu Malaysia dan Korea Utara.

Kes pembunuhan berprofile tinggi ini dilihat sebagai satu perancangan licik musuh-musuh Kim Jong-nam.
oleh kerana hati membuak-membuak geram denga perangai kedutaan Korea utara yang sewenang-wenangnya menuduh suka rasa hatinya terhadap negara ini seperti mana yang boleh dibaca pada dada-dada akhbar online dan cetak,saya blogger jalanan menyokong penuh tindakan kerajaan mengusir kedutaan Korea Utara,Kang Chol supaya meninggalkan negara tercinta keseluruhan rakyat dalam tempoh 48 jam.

Negara ini negara berdaulat dan ada undang-undangnya yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat dan pendatang dari luar.
Kalu dah tak nak ikut undang-undang atau tidak mahu menghormati kedaulatan negara ini eloklah keduataan Korea Utara,Kang Chol keluar dengan segera.

Bukan sahaja pemerintah tidak memerlukan orang yang tidak boleh mengormati kedaulatan negara ini malah rakyat juga meluat-meluat untuk bersuara,namun disiplin keseluruhan rakyat negara ini menjadikan situasi tidak tegang.

Untuk pengetahuan pemimpin dan rakyat Korea Utara,negara ini tidak akan papa kedana walaupun hubungan diplomatik antara kedua negara diputuskan.

Rasanya rakyat negara ini lebih setuju jika keduataan Korea Utara ditutup sepenuhnya dan memanggil balik dengan segera rakyat Malaysia yang berada di negara Korea Utara yang tidak tahu menghormati undang-undang Malaysia.

Manakala rakyat Korea Utara yang berada di negara ini patut juga diarah pulang ke negara asal mereka.

Sejak hari pertama berlakunya pembunuhan terhadap Kim Jong-nam rakyat Malaysia sudah yakin yang hubungan diplomati antara dua negara akan tegang dan buktinya sudah berlaku berikutan keceluparan kaum kerabat keduataan Korea Utara di sini.-Respect MyPM 5/3/2017


Baca juga artikel dibawah

Duta Korea Utara Kang Chol diistiharkan sebagai persona non grata dan telah diminta untuk meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam.

Kang Chol, yang telah dipanggil ke Wisma Putra pada pukul 6 petang Sabtu, gagal hadir di kementerian, Putrajaya.

Kementerian Luar telah menghantar nota diplomatik kepada kedutaan itu di Jalan Datai, Bukit Damansara untuk memaklumkan perkara tersebut.

Kerajaan Malaysia menuntut permohonan maaf secara bertulis dari Korea Utara di atas tuduhan yang dibuat oleh duta itu berkaitan pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu.

Kerajaan Malaysia mengambil tindakan ini ketika ketegangan diplomatik memuncak antara oleh kedua-dua negara berikut pembunuhan itu.-mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan