Isnin, 6 Mac 2017

Pengusaha Judi Haram di Selangor Dianggarkan Memperolehi RM3.6 Juta Setahun



PENDAPATAN negeri Selangor terus melonjak dengan adanya lebih 800 permis perjudian beroperasi tanpa lesen.

Dengan anggaran pendapatan harian RM10,000 setiap satu permis sudah pasti dengan senang-senang setiap permis judi dalam Selangor memperolehi pendapatan RM3.6 juta setahun.

Selangor seolah-olah diperintah pemimpin pekak dan bisu dari mendengar dan menjawab rungutan rakyat berkaitan kegiatan judi.

Walaupun permis judi tanpa lesen itu diserbu lapan kali setahun pengusaha tetap aktif,inilah yang dipersoalkan rakyat.

Manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) yang wujud di negeri Selangor seolah-olah tiada kuasa.
Dengan pendapatan tahunan RM3.6 juta setiap satu permis judi haram dalam Selangor pastinya memberi peluang kepada golongan pengusaha perjudian menjalankan aktiviti itu.

Mengikut statistik PDRM, 4,514 individu ditahan dalam 4,137 serbuan Op Dadu bagi membanteras judi ha­ram yang dijalankan di Selangor.

Sementara itu, Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi berkata, penguatkuasaan yang lemah di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) dilihat menjadi punca masalah premis judi haram menjadi semakin parah di Selangor.-Hot Kelate

Tiada ulasan:

Catat Ulasan