Isnin, 6 Mac 2017

Kepada Orang Suka Merungut dan Mengadu Kepada Makhluk


Aku membesar dalam keluarga meskin.
Rumah tempat aku membesar  beratap daun sagu (rumbia)berdinding  dan berlantai buluh,tiang pula berkayu bulat dari hutan yang dipikul usung bapa dan ibuku.

Makan nasi pula berdikit-dikit kekadang emak  hanya sediakan pisang rebus cecah kelapa bergaul garam,kami adik beradik tidak merungut sama sekali kerana faham kemeskinan anugerah dan ujian tuhan.

Beras kekadang langsung tiada,emak menangis bapa termenung.anak-anak gelisah perut kosong,mujurlah Allah anugerah jiran perihatin,merekalah penyelamat kelaparan kami.

Zaman itu ada kerajaan,ada perdana menteri,Bapa dan ibu tidak salahkan mereka kerana tahu negara baru merdeka.

Alam persekolahan
Kapor tulis zaman sekarang.
Zaman aku ambil tanah liat dari sungai getel dan jemur panas.
Zaman kau ada.

Alam persekolah aku beza benar dengan sekarang tak rasa bekalan wang walupun 1 sen,belajar menulis bukan tulis rumi tapi tulis jawi(Bahasa Melayu Jawi) belajar mengira,kali,bahagi,tolak,campur bukan  matematik tapi ilmu hisab,belajar sejarah dulu-dulu digelar tawarikh,geografi digelar ilmu alam.

Kau orang sekarang pergi sekolah dengan bas,aku ke sekolah jalan kaki lima batu bukan kilometer,kau orang bila dah besar mak bapa beli motorsikal,aku basikal pun tak ada.

Kau menulis dengan pen,aku tulis dengan tanah liat yang dikering,kau orang guna buku tulis,aku guna papan batu.
Papan batu-Ini dikira dah cantik sangat
Zaman aku mana ada bingkai macam ni

Kau orang ada pakaian sekolah,zaman aku tak mersa semua itu,pegi sekolah pakai sarung bertampal-tampal,baju pula kalau zaman kau orang memang layak dibuat penyapu kaki.

Kau orang pakai kasut pegi sekolah,aku selipar pun tak mampu nak beli,apa lagi nak rasa duit belanja mak bapa bagi.kau orang pegi sekolah RM 5,aku 5 sen pun mak dan bapa tak mampu nak bagi.

Zaman kau orang rasa juga dalam beg duit ada RM5, zaman aku bukan sahaja tak ada RM5 malah beg duit pun tak mampu nak beli.

Kau orang boleh juga tengok dalam akaun Bank ada RM20 ,zaman aku duit dalam tabung buluh pun tak ada apa lagi bank.

Kau orang ada juga modal untuk niaga tepi jalan walaupun disaman,zaman aku aku sah kan nak niaga,modal pun langsung tak ada.
Upieh Pinang

Kau orang ada juga elektrik walaupun terpaksa tutup suis lampu dan kipas untuk jimatkan kos.

Zaman aku jangankan eletrik dan kipas,minyak pelita (pelita minyak tanah)kerap sangat tak mampu nak beli walhal harganya baru 10- 15 sen sebotol(kira-kira 1 liter sekarang)

Kau orang rasa juga air paip,zaman aku hanya air telaga yang dicedok dengan timba,ada juga dibuat dari  upeh pinang dan upeh nibong ia digelar timba(sekarang dah guna baldi lah )dan ditarik dengan tali yang dibuat dari akar yang berbelit dipokok-pokok dalam hutan.Telaga pula sedalam 20 kaki sehingga 30 kaki,kau orang ada rasa.
Timba

Kalau musim kemarau air telaga kering,terpaksalah mak bapa aku pikul air dari sungai jaraknya 1 batu dari rumah.zaman kau orang ada tengok mak bapa kau orang buat macam mak bapa aku?

Kau orang ada juga RM30 tapi tak mampu nak beli baju seluar mahal-mahal.
Zaman aku langsung tak ada.sahkan  angan-angan  nak beli baju dan seluar mahal.

Kau orang dapat juga beli panadol bila demam,zaman aku jangankan 7-Eleven,klinik pun tak nampak bayang,kalau demam hanya ikhtiar dengan ubat-ubatan dari akar dan daun kayu.

Kau orang rasa juga naik motor pergi kerja walaupun hujan,zaman aku sah kan motor basikal pun tak mampu nak beli,,pegi kerja jalan kaki berbatu-batu walaupun hujan.

Zaman kau orang boleh juga pakai kasut,kalau tapak tercabut,boleh gam dengan gam harga RM2

Tali Rami
Zaman aku,aku hanya mampu beli kasut harga RM1.20 sen ,itupun kasut getah seperti penoreh pakai hari ini malah lebih dahsyat lagi kualitinya,kalau koyak aku jahit dengan tali rami.

Kau orang kenal tak tali rami?Kalau tak kenal sah pada zaman aku kau orang masih dalam air mani.

Kau pernah tak pakai kasut dibuat dari upeh pinang,aku merasa semua itu.

Kau orang melalak sekalipun tak akan pakai selipar putus berjahit,apa lagi rasa apakai kasut dan selipar dibuat dari upeh pinang.tapi aku merasa.

Kasut Upeh


Berkat kesabaran dan sikap tidak menyalahkan orang lain dan kerajaan diatas kepayahan dan kemeskinan yang dialami oleh keluarga ku,akhirnya Allah mengubah kesemua ahli keluarga aku dari susah jadi senang walaupun tidak kaya raya.

Ayah aku selalu menyakinkan anak-anaknya dengan sepotong ayat quran, dan dengan itu kami menjadi mausia yang berusaha dan yakin dengan janji Allah.

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” [Ar-Ra’d/13:11].


Oleh itu janganlah kau bersifat dengan amalan, bila meskin cari Tuhan bila kaya jadi Tuhan dan ingatlah ,kaya,meskin,pangkat darjat semuanya ujian dan ujian hakiki adalah kemeskinan,kemeskinan iman dan kemeskinan harta menjadi manusia tidak keruan akalnya begitu juga dengan kekayaan.

1 ulasan: