Sabtu, 18 Mac 2017

Cash in King,Mahathir,Anaknya,Kroni

MAHATHIR mahu kejayaan tinggi dengan hasil manipulasi bantuan kerajaan kepada rakyat yang dikaitan dengan rasuah.

Sering kali penggunaan kata-kata cash is king menjadi trade mark beliau bagi menggambarkan zaman PMM Datuk Seri Najib(PMM=Perdana Mnteri Malaysia)semua rakyat termasuk kaki tangan kerajaan mendahului wang tunai sebab itulah rasuah tinggi.

Zaman Mahathir rakyat tidak tahu betapa hebatnya rasuah berlaku sehingga lingkup Perwaja Steel dan beberapa lagi yang lain.

Semasa Mahathir tidak berlaku tangkapan besar-besaran berkaitan kes rasuah seperti sekarang,namun ia tidak bererti rasuah tidak berlaku.

Keseluruhan anak-anak Mahathir hidup senang lenang,kaya raya malah ada yang sanggup jadi orang kuat di syarikat pengeluar arak dan bukankah itu juga mengutamakan cash is king.

Tuduhan Mahathir Najib percaya boleh berjaya melalui rasuah adalah seperti pengembara sesat jalan pulang.

Mahathir hanya mengintai-intai keburukan setelah Najib ketua kerajaan tanpa menoleh sejarah silam dizaman 22 tahun beliau berajalela mencubit hati rakyat.

Bukan sahaja pemimpin politik dan kroni kaya raya malah anaknya antara terkaya di Malaysia,apakah rakyat tidak tahu?,jika bukan anaknya brand Mahathir tidak mungkin harta sampai 7 keturunan belum habis.

Setelah memilih jadi pembangkang,Mahathir begitu sibuk memerangi rasuah,menjaja isu rasuah seperti peniaga pasang borong bisingnya.

Padahal semasa beliau ketua kerajaan rasuah berleluasa namun beliau buat pekak dan buta malah bisu dari menuturnya apa lagi untuk membenteras seperti sekarang.

Pada awalnya BR1M adalah rasuah malah segala bantuan kerajaan kepada rakyat adalah dedak,namun selama 22 tahun beliau mengetuai kerajaan,rakyat hanya mampu dengar dan lihat apa yang dikatakan kejayaan negara,untuk rakyat merasa seperti zaman Najib jauh sama sekali.

Selama 22 tahun mengetuai kerajaan tidak pernah wujud kediaman hampir setengah juta dijual pada rakyat dengan harga RM42,000,apa yang rakyat tahu Anak Mahathir kaya raya.

Kini Mahathir melalak keseluruh negara menjaja isu rasuah agar mendapat simpati dan sokongan bagi dirinya dan parti yang semakin goyah seumpama rumah yang runtuh dalam pembinaan.

Mahu atau tidak,Mahathir terpaksa menutup kehitaman negera selama 22 tahun dengan cara menyimbah cat hitam kepada Najib dan kerajaan hari ini.

Setelah kerajaan pimpinan Najib banyak membantu rakyat secara tunai,Mahathir mengatakan budaya masyarakat sudah berubah dan menerima cash is king sebagai sebahagian dari budaya kita.Bagi Mahathir rakyat tidak perlu dibantu secara tunai dan biarlah manusia seperti beliau dan anaknya serta kroni sahaja memahami apa itu cash in king dan rakyat patut dibiarkan mereput.

SABTU-18/3/2017-3:25 PM-RESPECTMYPM

VIA TELEFON

Tiada ulasan:

Catat Ulasan