Selasa, 9 Mei 2017

Pakatan Harapan Perlu Tengok Undi BN Pada PRU 13 Sebelum Rampas Putrajaya-PUIIIII

Pakatan Harapan boleh gebang apa pun,boleh janji apa pun,namun penceramah pembangkang pernah nila jumlah undi Barisan Nasional yang perlu diatasi pada PRU 14 nanti.

Kalau Parlimen Barisan Nasional memperolehi 5,237,699 undi dan Dun pula 4,513,997 undi pada PRU 13 bukan senang wow nak tumbangkan pada PRU 14.
Pada PRU 13 Pakatan Rakyat masih belum dikuburkan oleh DAP pun susah untuk menumbangkang Barisan Nasional ini kan pula Pas sudah lari.

Buka matalah,sebelum PAS lari dari pakatan pembangkang yang diketuai DAP dan bina tembok politiknya sendiri,undi yang diperolehi pada PRU 13 cuma ini sahaja bagi kerusi Parlimen,PKR (2,254,328 undi), Pas (1,633,389), DAP (1,736,267), Bebas (86,935), STAR (45,386), BERJASA (31,835), SWP (15,630), SAPP (10,099), PCM (2,129), KITA (623) dan BERSAMA (257).

Bagi Kerusi Dun pula Pas (2,133,944), DAP (1,442,298), PKR (1,303,457), Bebas (67,129), STAR (43,793), SAPP (31,324), PSM (8,136), BERJASA (4,756), KITA (1,791), BERSAMA (823) dan PCM (216)...Tolong celik mata sikit jangan gebang lebih.

Kalau Pakatan Harapan boleh tumbangkan undi Pas bagi Kerusi Parlimen sebanyak 1,633,389 dan kerusi Dun 2,133,944 dah kira kuat,tapi Pakatan Harapan pasti tak akan mampu mengahabiskan kerusi Pas,tapi cakap besar nak rampas Putrajaya--puih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan