Khamis, 6 Julai 2017

Apa?,Wawasan 2030 Wawasan LGBT Halal Sepenuhnya Di Malaysia

Kuala Lumpur – Seiring dengan pelbagai wawasan dan perancangan yang diletakkan negara bagi mencapai Malaysia yang lebih maju dan berjaya di masa hadapan, kumpulan LGBT tempatan turut meletakkan wawasan untuk dicapai mereka menjelang 2030.

LGBT akan dipastikan halal sepenuhnya di Malaysia. Semua undang-undang yang dianggap kumpulan ini sebagai menyekat hak kebebasan mereka untuk mengamalkan dan hidup di dalam gaya hidup LGBT akan dihapuskan. Menggunakan Sustainable Development Goals (SDG) yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai panduan, kumpulan ini melalui jaringan antarabangsa, turut mendapat faedah bantuan strategik, perkongsian pengalaman dan bantuan sokongan untuk mengenalpasti 17 Sasaran Global yang telah digariskan.

Numan Afifi, Presiden dan pengasas Pelangi Campaign sebuah NGO kumpulan pendesak LGBT, mengemukakan beberapa cadangan supaya SDG dijadikan fokus dan bagaimana kemajuan kumpulan LGBT telah dicapai berasaskan Millennium Development Goals (MDG) PBB sebelum ini. Beliau yang juga Ketua Organisasi DAPSY Subang, mengemukakan topik perbincangan di dalam TWT_LGBT, twitter kumpulan LGBT tempatan, tentang apa yang komuniti tersebut jangkakan menjelang tahun sasaran 2030.

Mengakui beliau pernah menjadi naqib usrah selama lebih sepuluh tahun, Pelangi Campaign yang diketuainya pernah menimbulkan beberapa kontroversi sepanjang Ramadhan lepas, termasuk penganjuran LGBT Pride Not Prejudice yang kemudiannya dibatalkan di sebuah kolej universiti swasta dan majlis Iftar Gay terbesar Malaysia.

Kebangkitan golongan ini dan kemunculan NGO-NGO yang memperjuangkan isu LGBT di Malaysia seperti Pelangi Campaign, Justice For Sisters (JFS), Komuniti Muslim Universal (KMU), COMANGO dan pelbagai pertubuhan lagi sedang digerakkan bagi mencapai matlamat untuk memastikan LGBT diterima sepenuhnya di Malaysia. COMANGO berperanan membawa tekanan antarabangsa ke atas Malaysia melalui tuntutan dan pembentangan laporan di sidang Universal Periodic Review di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Komuniti Muslim Universal (KMU) mengambil peranan mengemukakan tafsiran-tafsiran alternatif Islam yang dekat kepada menghalalkan perbuatan homoseksual dan menyebarkannya kepada pihak awam bahawa ianya berasaskan ajaran al Quran sebenar.

Justice For Sisters (JFS) pernah mengambil peranan mengheret Jabatan Agama Islam Negeri bagi tujuan membuat semakan semula terhadap undang-undang syariah yang dikatakan mendiskriminasi golongan LGBT.

13 tahun dari sekarang dalam perjalanan menuju 2030, dengan kekuatan NGO-NGO LGBT aktif sedia ada, sinar harapan kepada komuniti ini untuk mengubah stigma masyarakat ke atas golongan LGBT dan memastikan LGBT halal sepenuhnya di Malaysia akan tercapai. Semua itu akan dicapai menerusi penekanan fokus kepada sasaran-sasaran Sustainable Development Goals untuk komuniti LGBT.-MENARA.MY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan