Isnin, 10 Julai 2017

Kenyataan Media Mengenai Kilang Sawit Yang Dibohongi DAP

Kerajaan negeri Johor amat kesal dengan isu yang di viralkan oleh DAP di media sosial yang mengatakan kerajaan negeri berbohong mengenai permit operasi kilang sawit di Jementah, Segamat.

JAS Negeri Johor telah mengeluarkan notis penggantungan lesen pada 15 Mei 2017, dan pihak premis telah mengemukakan maklumbalas bagi tindakan yang sedang dan akan dijalankan bagi mengawal dan menghapus bau busuk dari efluen sedia ada di dalam kolam (dalam tempoh pengantungan lesen) dan juga bagi mengawal pelepasan bau busuk jangka masa panjang (ketika beroperasi) melalui 3 surat yang telah dihantar kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.


Antara tindakan pembaikan yang di janjikan oleh pihak premis adalah:
1) Memasang 2 unit double level impeller mixer dan 1 unit surface aerator di Cooling Pond.
2) Mengeluarkan scum dari Cooling Pond, Anaerobic Pond 1A dan 1B
3) Menggunakan enzyme bio activator ke dalam Cooling Pond, Anaerobic Pond 1A dan 1B
4) Mengepam efluen dari Aerobic Pond 2B ke Cooling Pond (bagi mengelakkan efluen tidak bergerak/mengalir di kolam Cooling Pond dan Anaerobic Pond 1A dan 1B yang menjadi punca utama bau busuk ke persekitaran).
5) Menggunakan calcium oxide, caustic soda, dry bakteria (dari syarikat Fast Track) dan bakteria (dari kilang sawit Gedok) bagi meningkatkan pH kolam Anaerobic 3A & 4A dan kolam Aerobic 1A & 1B
6) Memasang 8 unit surface aerator di kolam Aerobic 1A, 1B dan 2A.

Selain itu, bagi mengawal pelepasan bau busuk jangka masa panjang (ketika beroperasi), antara tindakan yang sedang diambil adalah:

1) Membina 3 kolam cooling yang baru akan dibina di belakang kilang bagi mengurangkan pelepasan bau busuk dari kolam tersebut.
2) Memasang V-gutter/U-gutter bagi mengambil balik (recover) minyak dari 3 kolam cooling yang baru.
3) Membina biogas lagoon bagi memerangkap gas metana dan H2S bagi efluen dari cooling pond yang baru.
4) Memasang 1 unit ‘high speed alfa laval 5400 rpm sludge separator’ bagi meminimakan kemasukan minyak ke dalam cooling pond.

Hasil pemantauan JAS Negeri Johor pada 6 Julai 2017 mendapati premis tidak menjalankan apa-apa aktiviti memproses buah sawit. Hanya kerja-kerja tindakan pembaikan bagi sistem pengolahan efluen sahaja yang dilakukan oleh pihak kilang.

Isu semasa bantahan penduduk pada 8 Julai 2017, JAS Negeri Johor telah menggantung lesen beroperasi bermula 15 Mei 2017 sehingga 30 Jun 2017. Lesen untuk beroperasi juga tidak di keluarkan mulai 1 Julai 2017 sehingga kini.

Permohonan pembaharuan lesen dan rayuan penggantungan lesen tidak dapat dipertimbangkan sehingga semua kerja-kerja penambahbaikan bagi sistem pengolahan effluen dibina dengan sempurna bagi mengawal pelepasan bau busuk ke persekitaran dengan keperluan mendapatkan semua kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu, berdasarkan kepada kronologi dan urutan peristiwa dan tindakan tindakan dari JAS Negeri Johor, bagi pihak kerajaan negeri saya amat kecewa dengan viral media sosial pemimpin pakatan rakyat yang mengelirukan rakyat Johor umumnya dan bangsa Johor di Jementah, Segamat.

Kerajaan negeri mengambil serius tuduhan berbohong ini, dan berharap pihak premis bertanggungjawab terhadap kesan dan akibat operasi mereka yang menyebabkan ketidakselesaan penduduk setempat.

Sekian.

*YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT*
PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR, PENDIDIKAN DAN PENERANGAN NEGERI JOHOR
10 JULAI 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan