Selasa, 4 Julai 2017

Pemimpin Sibuk Berpolitik Rakyat Kebulur

Pasir Mas: Seorang ibu tunggal dua anak terpaksa menyewa ruang letak kereta di sebuah rumah untuk dijadikan tempat berteduh, sejak empat tahun lalu.

Lebih menyedihkan 'kediaman'yang serba daif itu tidak berpintu,sebaliknya hanya ditutup menggunakan kain dan plastik serta mempunyai ruang sempit yang diubah suai untuk dijadikan bilik dan bilik air.

Norazlina Mohd Nor, 39, membesarkan dua anaknya, Mohd Rayyan Darwish Mohd Rizal, 9, dan Nur Batrisya Damia, 7, dalam keadaan serba kekurangan selepas berpisah dengan suami, lima tahun lalu.

"Hanya ini yang saya mampu lakukan kerana saya tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Sekarang, saya hanya bekerja sebagai pengasuh dan membuat kuih-muih untuk dijual.

"Pendapatan saya tidak menentu kerana ada hari saya tidak membuat kuih dan hanya bergantung kepada upah mengasuh sebanyak RM200 sebulan. Sewa 'rumah' pula sebanyak RM200 sebulan.

Tidak perna merungut "Untuk beijimat, kami sekeluarga hanya makan sekali sehari kerana tidak mampu membeli beras.

Alhamdulillah, anak-anak saya tidak pernah merungut seperti mengerti kesusahan yang kami alami," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung PengkalanPasir, Jalan Sekolah Cina, di sini,semalam.


Norazlina berkata, dua anaknya ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan yang digunakan sepenuhnya untuk belanja persekolahan.

"Ada masanya saya terpaksa pinjam wang daripada rakan dan saudara terdekat untuk membeli makanan bagi meneruskan hidup kami sekeluarga.
"Lebih menyedihkan apabila saya dan anak-anak terpaksa menahan sejuk setiap kali hujan kerana atap rumah yang bocor selaintidak mempunyai pintu.

Malah,sudah banyak kali rumah kami dimasuki haiwan berbisa seperti lipan dan kala jengking.

"Oleh kerana saya tidak ada kenderaan, saya akan berjalan kaki untuk menghantar anak ke sekolah setiap hari," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan