Sebelum keluar Umno Mahathir diberitakan telah berhajat untuk menubuhkan satu muafakat guling Perdana Menteri semasa anaknya Mukhriz didesak berundur dari kerusi Menteri Besar Kedah.
Sebelum tu Mahathir rela memalukan diri dan isterinya turun ke perhimpunan haram BERSIH,yang dahulunya haram baginya dan kini telah dihalalkannya sendiri.
Mujahidin dan mujahidah blogger pada masa itu tidak terfikir apakah tujuan Mahathir menghambakan diri pada perhimpunan lembu-lembu pembangkang yang digembalakan oleh beberapa penunggang kuda musuh Barisan Nasional.
Sebenarya Mahathir cuba menarik perhatian pemimpin pembangkang samada beliau boleh diterima dicelah-celah ruang yang ada apabila belang kebenciannya terhadap Najib semakin timbul.
Bagi Mahathir ,jika beliau diterima baik peluang untuk memasarkan hasutan semakin mudah,tidak perlu bermodal besar serta mengerahkan tenaga ramai kerana pembangkang memang kerjanya fitnah kerajaan sebagai propaganda untuk menjatukan Barisan Nasional dan Najib.
Nampaknya cubaan Mahathir berjaya apabila beliau dipuji dan dipuja oleh pengembala lembu BERSIH pada ketika itu.
Apa yang Mahathir buat selepas itu,dia membaca setiap inci kotak politik pembangkang,samada masih berdendam atau tidak,kerana semasa dia perdana menteri,dialah yang menggunakan akta ISA,akta zalim kata pemimpin-pemimpin pembangkang kerana tahan tanpa bicara.
Antarnya Anwar Ibrahim,Saari Sungip,Hishamuddin Rais,Muhammad Sabu,Lim Kit Siang,Lim Guan Eng,Badrul Amin Baharom dan mereka inilah antara yang melaungkan mahafiraun,maha zalim dan segala maha lagi terhadap Mahathir dan kini nama-nama itu telah menjadi tempat Mahathir bergantung harap untuk menumbangkan Najib.
Kata orang tua,tak dapat senapang lastik pun boleh’,ketika Mahathir kehabisan senapang dan peluru untuk menyerang Najib,PERKASA yang kini diperkasamkan oleh pengikut sendiri juga dilihat sebagai kaki telan.Akhirnya Mahathir termenung ditepi kolam najis.
Harapkan Muhyiddin dan Safie Apdal ,kedua-duanya seperti lembu mabuk todi malah hilang hala tuju dan tidak menepati kehendak mantan MAHA FIRAUN.
Peluru Muhiyiddin hanyalah derma RM2,6 bilion yang dimasukan dalam akaun Najib dan inilah peluru berbisa yang beliau anggap ,wal hal dia sendiri turut menerima sebahagian dari wang derma itu semasa PRU 13 termasuklah deposit calon.
Muhyiddin ingat semua rakyat boleh ditipu dengan semangat dendam yang dibawanya untuk hentam Najib,kerana rakyat tahu Perdana Menteri selepas Pak Lah yang juga menjadi pilihan Mahathir sebelum dibenci tidak mengambil wang dari tokey besar yang memberi sejuta minta balik satu bilion.
Hal ini Muhyiddin juga tahu dan beliau sendiri dalam satu rakaman suara yang tersebar dilaman sosial,apa yang dia kata?.Tapi sayang pengaruh munafik dalam diri Muhyiddin rupanya tinggi atau bahasa lembutnya,cakap tidak serupa bikin mengalahkan Lim Guan Eng yang tidak tahu harga pasaran banglo yang hendak dibelinya memang satu amalan yang mesti ada untuk gulingkan Najib.
Shafie Apdal pada awalnya dilihat begitu bersungguh membuntut Mahathir dan Muhyiddin dengan kenyataan yang memberangsangkan Mahathir dan pemakan rumput serta pemakan pisang.
Agaknya kesal dengan sikap tak sabar nak jadi bos disebidang tanah kepada pulau besar ,kini suaranya seperti kokokan ayam berak kapor.
Mukhriz anak omak kepada Isteri Mahathir juga pada awalnya begitu tajam menghentam Najib,paling kuat berkokok semasa tajinya hendak dipatahkan.
Kini Mukhriz hanya ular air yang akan tenggelam didasar kubang kerbau yang penuh hancing digali bapanya bersama DAP.
Setelah kepala perang Mahathir kehilangan tumpuan malah tentera semakin kurang diberi pisang,makanya letupan peluru semakin kurang kedangaran.
Nak tak tak nak,Mahathir terpaksa puji Rafizi sebagai orang berani bersuara untuk besarkan hidung pemimpin pembangkang ,dan apakah Mahathir ingat dengan pujian itu tidak perlu lagi beliau lempar pisang kepada sejenis manusia yang suka menjerit dihimpunan yang dahulunya haram baginya.
-Hot Kelate
Ahad, 10 April 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan