Bandar Baru Bangi-Ramai yang tidak sanggup untuk tinggal di pondok usang tanpa pintu dan tingkap namun bagi tiga beranak ini yang menyara hidup dengan hasil jualan kangkung, ia adalah syurga bagi mereka.
Malah, kesunyian dan keheningan rumah yang serba serbi kekurangan itu turut menjadi penginapan semut, lipas, lalat dan nyamuk.
Selain itu, persekitaran rumah berhampiran Institut Latihan Keha kiman dan Perundangan (ILKAP), di sini, itu juga dipenuhi semak-samun dan timbunan sampah yang dibuang penduduk setempat, mungkin disebabkan lokasinya berdekatan lombong serta terlindung.
Rutin harian itu sudah dilalui ke luarga berkenaan sejak sebulan lalu, malah dianggap sebagai alah bisa tegal biasa bagi mereka.
Azhar Samat, 50, berkata, sebelum ini dia bersama isteri Noor Amizan Mohd Noordin, 25, dan anak tunggal mereka, Muhammad Jibrail, 14 bulan menginap di kuarters Universiti Ke- bangsaan Malaysia (UKM) sewaktu ibu mentuanya bekerja sebagai tu- kang cuci di universiti awam (UA) berkenaan.
"Bagaimanapun, sekitar akhir tahun lalu ibu mentua membuat keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung halamannya di Kelantan.
"Sebelum itu, dia mengajak kami mengikutnya ke sana tetapi saya tidak sampai hati meninggaikan ibu dan adik yang kini menghidap ken- cing manis kronik yang tinggal di Bangi," katanya kclika ditemui di sini, semalam.
Disebabkan tidak mampu membayar sewa kuarters sebanyak RM450 sebulan, Azhar berkata, dia mengambil keputusan membawa anak dan isterinya berpindah da- ripada terus menanggung beban hutang sewaan yahg semakin bertam- bah.
"Sewaktu mencari kangkung di tepi lombong, saya perasan kewu judan sebuah rumah pekerja Indonesia yang sudah lama ditinggalkan lantas membuat keputusan berpin dah.
"Walaupun rumah ini serba kekurangan, tiada tandas dan jaminan keselamatan tetapi isteri reda serta tidak pernah merungut.
"Dia faham saya tidak mampu mencari rumah yang selesa kerana pendapatan sebagai penjual kangkung pun paling tinggi diraih hanya sekitar RM65 seminggu dan ka- dang-kadang pulang dengan tangan kosong," katanya.
Setiap hari, dia akan mandi di lombong berkenaan dan mengang kut air untuk kegunaan mereka se keluarga.
Selain itu, Azhar berkata, dia dan isterinya juga sudah biasa makan nasi berlaukkan garam dan gula.
"Jika ada rezeki lebih, dapatlah makan nasi berlaukkan ikan bills, telur goreng atau sardin," katanya.
Ahad, 10 April 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan