Isnin, 27 Mac 2017

Kena Tindakan Berhenti Kerja Pembangkang Bukanya Bayar Gaji

Berjam-jam sehari para pendidik pro pembangkang menghadap Facebook dengan lagak dan gaya keyboard warrior seolah-seolah merekalah terbaik malah lebih baik dari pemimpin yang dipilih tuhan untuk mentadbir negara.

Apabila ditegur oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid agar guru-guru yang keterlaluan menghentam kerajaan berhenti daripada terus berkhidmat ada pula suara sumbang tampil membela secara membuta tuli.

Teguran Seri Mahdzir Khalid itu wajar kerana perbuatan menghentam kerajaan adalah melanggar peraturan perkhidmatan awam bukan memaksa untuk mereka memberi undi kepada parti lain selain daripada Barisan Nasional.

Kerajaan Selangor pernah memecat guru Kelas Fardu Ain (KAFA), Ekhsan Bukharee gara-gara tuntut kenaikan elaun,bukankah itu satu amaran atau ugutan supaya guru-guru KAFA selain Ekhsan Bukharee takut untuk bersuara?

Hari ini Selangorkini dengan tajuk,'Menteri Pendidikan perlu tumpu baiki mutu pendidikan bukan cari salah guru' oleh Dr Siti Mariah Mahmud yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Petikan dari Selangorkini"Saya meneliti kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menasihat guru-guru yang cenderung menyokong parti pembangkang supaya berhenti daripada perkhidmatan tersebut.

Itu secara tersurat tetapi secara tersirat pula, saya melihat kenyataan beliau sebagai satu bentuk ancaman dan ugutan awal supaya para guru tidak terlibat dengan program parti pembangkang atau bersedia menerima padah".

Kononya nasihat Menteri Pendidikan adalah satu ugutan kepada guru-guru pro pembangkang,wal hal itu hanyalah satu teguran agar para guru lebih menumpukan kepada tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Teguran Mahdzir Khalid bukan bertujuan menafikan hak sokongan politik para guru sebaliknya memberi peringatan,agar tidak menyesal sekiranya perbuatan melanggar peraturan perkhidmatan awam akan diambil tindakan sewajarnya,dan ketika itu pembangkang hanya melalak malah jauh sekali untuk membantu para guru yang diambil tindakan meneruskan kelangsungan hidup.

Walaupun isu berbeza,untuk contoh terbaik,para guru patut jadikan iktibar apa yang terjadi kepada 30 lebih keluarga yang termakan hasutan Ahli Parlimen Lembah Pantai sehingga mereka tidak memperolehi nikmat mendiami kediaman ratusan ribu.Apakah Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menyerahkan kunci banglow kepada mereka?.

Pemimpin kolot dan jumud seperti Ahli Parlimen Kota Raja tidak akan dapat memikirkan sesuatu yang waras untuk kebaikan para guru selain menyalahkan kerajaan, wal hal contoh terbaik yang beliau boleh nilai adalah keatas apa yang berlaku kepada Ekhsan Bukharee dan 35 keluarga di Parlimen Lembah Pantai.

Guru Berpolitik BN Belum Bertindak Pembangkang Sudah Mula

2 ulasan: