Sabtu, 11 Mac 2017

Persempadanan Kawasan Pilihan Raya Selangor Tidak Perlu Tunggu Keputusan Mahkamah Parlimen Boleh Bubar

PENYOKONG pembangkang semasa berbual dengan penulis,mereka cuba menyakinkan penulis dengan kisah persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri Selangor yang dibawa ke Mahkamah oleh kerajaan negeri itu.

Penyokong-penyokong pembangkang sembang deras mengalah ferrari F1 menyatakan,kerajan persekutuan tidak dapat bubar parlimen kerana proses bagi menentukan siapa menang,siapa kalah berkaitan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri yang banyak permis urut syok dan permis judi haram mengambil masa lama.

Mereka sangat yakin sekiranya kes tidak selesai atau mendapat keputusan sama ada SPR kalah atau kerajaan negeri yang menang,Parlimen tidak akan dibubar bagi memboleh rakyat menentukan parti mana yang akan memerintah selepas keputusan PRU14.

Pada awalnya penulis tidak mahu ikut campur,sebab utamanya penulis hanya berkelulusan darjah enam pada tahun 1979 dan sudah tentu tak faham undang-undang mengenai proses pembubaran parlimen untuk adakan pilihan raya secara mendalam.

Depa gelak sekan,kononya kerajaan Najib tidak akan dapat buat pilihan raya.

Lama kelamaan penulis bersuara,kerana apa yang dibincangkan mereka salah sama sekali.
Penulis menyatakan pada mereka,tujuan kerajaan Selangor heret ke Mahkamah adalah untuk menghalang SPR daripada melakukan proses persempadanan semula.

Antara sebab utama kerajaan Selangor bawa kes persempadanan semula ke mahkamah,kerana bertanggapan persempadanan semula memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.

Sekiranya SPR kalah atau menang ia tidak terikat dengan keputusan untuk bubar parlimen,kerana undang-undang telah menetapkan pilihan raya umum sama ada parlimen dibubar atau terbubar selepas tamat tempoh 5 tahun.

Sekiranya tempoh 5 tahun sudah sampai,manakala kes persempadanan semula yang sedang berjalan di Mahkamah belum dibuat keputusan oleh Mahkamah,makanya parlimen wajib bubar kalau tidak akan terbubar kerana lebih lima tahun.

Sekiranya Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib berkehendak bubar Parlimen lebih awal tanpa menunggu keputusan berkaitan persempadanan semula yang dibawa ke Mahkamah pun boleh,tetapi dengan menggunakan pendaftaran pemilih yang sedia ada dalam kawasan pilihan raya terbabit,manakala kawasan pilihan raya juga kekal seperti sebelumya iaitu tidak berlaku apa-apa perubahan.

Penulis berpesan pada mereka supaya merujuk kepada pengamal undang-undang,sebabnya apa yang penulis cakap mungkin banyak tersasar daripada landasan undang-undang sebenar.

Sesiapa yang membaca artikel ini,dan merasa ada kesalahan dari sudut undang-undang berkaitan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya berlaku seperti yang ditulis,sila tinggal pembetulanya dalam ruangan komen blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan