Ahad, 5 Mac 2017

U-Turn Mahathir Sebab Tidak Mampu Kalahkan Najib


MENTERI Besar Selangor bertindak membela Mahathir dan cuba mengelirukan rakyat dengan kenyataan politik yang menguntungkan pihaknya.

Azmin menganggap pusingan U-turn Mahathir dibuat demi kesejahteraan pembinaan Malaysia yang bebas korupsi dan masyarakat sewajarnya menilai kelemahan urus tadbir negara di peringkat Persekutuan ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azmin nampaknya mahu menutupi kejayaan negara semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang begitu berjaya mengubah lanskap pembangunan bukan sahaja pengakutan awam.

Ketika Mahathir perdana menteri kehilangan wang negara ratusan bilion membabitkan pewaja steel ,Bank Bumiputra ,Maminco,Konsortium Perkapalan ,Forex ,pembunuhan rakyat Memali, pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara pada Ogos 1988 dan pelbagai lagi.

Manakala bekas pengerusi BMF Lorrain Esma Osman dari Pulau Pinang yang meninggal dunia dalam buangan di Landon pula dikatakan sehingga masuk kubur membawa rahsia Mahathir.

Sudah cukup untuk rakyat insafi kelakuan kuku besi Mahathir semasa beliau perdana menteri selasa 22.
Sejarah mengapa Mahathir dapat bertahan selama 22 tahun juga perlu diambil tahu rakyat terutamanya penyokong dan pemimpin pembakang.

Pada 1986 orang-orang Umno mula bosan dengan sikap presidennya (Presiden Umno) dan mula membantah malah lebih 50% ahli Umno sendiri mahu Mahathir berundur.

Menyedari hakikat itu,Tengku Razaleigh Hamzah mencabar kedudukan Mahathir semasa pemilihan Umno 1987 dan Tengku Razaleigh kalah dengan 47 undi.

47 undi itu datang daripada sokongan Datuk Seri Najib dengan orang-orangnya,makanya hayat jawatan perdana menteri yang disandang Mahathir bertahan sehingga peletakan jawatannya pada 2003 dan Abdullah Ahmad Badawi dipilih sebagai penggantinya.

Sepatutnya Azmin sebagai Menteri Besar Selangor bercakap dengan tulus ikhlas kerana beliau adalah pemimpin yang wajib mendidik rakyat berhemah dan tidak bohong tentang siapa sebenarnya Mahathir.

Azmin hanya tahu mengelirukan dengan membesar-besar kepalsuan kerana cara itu menguntungkan pihaknya.

U-turn Mahathir bukan keadaan negara dan ekonomi,U-turn Mahathir kerana tidak dapat menundukan anak Razak yang dipilih rakyat ke jawatan perdana menteri.

Ramai lagi yang tidak nyanyuk ingat kepada UMBC yang ada kaitan dengan skandal BMF yang mana Mahathir tahu sejarah ini, Lorrain Esme Osman pula membuat pengakuan bersalah di London pada tahun 1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman tanpa cagaran sebanyak RM 2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan, seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian dan pada masa itu seluruh dunia tahu siapa perdana menteri Malaysia.

RM 2.5billion pada waktu itu jumlahnya amat besar bagaimana boleh diambil dengan begitu mudah tanpa pengetahuan pemimpin yang dinobat sebagai seorang yang bijak dan pintar malah tidak pernah mengaku nyanyuk.
Jadinya suci dan hebat sangatkah Mahathir?-Respect MyPM  5/3/2017





Baca juga artikel,kenyataan Azmin

SHAH ALAM, 5 MAC: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menganggap pusingan U-turn bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dibuat demi kesejahteraan pembinaan Malaysia yang bebas korupsi.

Beliau berkata, masyarakat sewajarnya menilai kelemahan urus tadbir negara di peringkat Persekutuan ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Tindakan Mahathir itu saya tidak anggap ia sebagai u-turn untuk (kepentingan) peribadi. Sebaliknya tindakan itu demi memacu ke arah pembangunan Malaysia.

“Keutamaannya kini kita adalah untuk keluar daripada kota pemikiran lama sama ada parti politik, badan bukan kerajaan atau individu tertentu.

“Tetapi saya fikir tumpuan ke arah pembangunan negara kini menjadi keutamaan dan memerlukan penglibatan semua parti politik untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya.
Mohamed Azmin bercakap kepada pemberita selepas hadir merasmikan Malaysia Women Marathon (MWM) di perkarangan Stadium Shah Alam, hari ini.

Dalam tulisan di blognya terdahulu, Tun Mahathir mengakui beliau kini membuat pusingan menyebelahi pakatan pembangkang dengan menggunakan analogi pemanduan untuk mewajarkan tindakan itu.

NAJIB MALAYSIA“Ya, saya membuat pusingan U. Hanya pemandu bodoh akan terus memandu apabila terlihat jalan raya telah diletupkan dan tidak lagi boleh dilalui.

“Untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dituduh mencuri berbilion wang ringgit dan Umno yang rasuah akan menjadikan saya pengkhianat kepada negara.
“Oleh itu saya buat pusingan U,” tulisnya dalam catatan blognya.-Selangorkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan