Ahad, 5 Mac 2017

Zakir Naik Bersedia Debat Dengan Siti Kasim

DR ZAKIR NAIK bersedia berhadapan peguam kontroversi Siti Kasim melalui usaha diatur Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang juga Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri.

Maklumbalas kesedian Dr Zakir Naik untuk bersemuka,berdebat hanya dimuat naik menerusi laman sosial facebook Fathul Bari sahaja bukan menghubungi melalui telefon
atau secara langsung.


Setakat ini belum ada maklum balas daripada pihak Siti Kasim berhubung pekara tersebut .

Menurut seperti yang dilapor Sinar Harian, satu status di Facebook beliau, Fathul Bari menulis: “Saya telah maklumkan kepada Dr Zakir Naik tentang cadangan saya supaya Siti Kassim dan Asiah Jalil bertemu beliau. Dan ini jawapan beliau...”

Fathul Bari kemudian memuat naik paparan skrin aplikasi WhatsApp perbualannya bersama Dr Zakir berhubung usaha mengadakan pertemuan yang belum dipastikan tarikhnya itu.

Dalam paparan berkenaan, Dr Zakir menyatakan kesudian beliau memenuhi permintaan tersebut.

Antara ayat balas yang dinyatakan Dr Zakir berbunyi, "If you think it will be fruitful and their niyyah is good, I would not mind meeting them" (Jika kamu fikir ia membuahkan hasil baik dan niat mereka bagus, saya tidak kisah bertemu dengan mereka).

Siti Kassim atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim sebelum ini mendakwa Dr Zakir adalah lelaki berbahaya dan ekstremis yang tidak sepatutnya dibenarkan berada di Malaysia.

Orang ramai terutamanya umat Islam pastinya menyambut baik sekiranya usaha adakan majlis forum atau debat Dr Zakir Naik dengan kumpulan 19 orang rakyat Malaysia yang lain telah memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan, manakala empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah Dr Zakir sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Sekiranya kata-kata celupar Siti Kasim adalah satu kebenaran fakta serta keberanian,Siti Kasim perlu sahut cadangan atau saranan supaya beliau dengan kumpulanya berdepan dengan Dr Zaki Naik yang degeruni dan disegani itu.

Jikalau Siti Kasim dan kumpulannya membisu dari memberi sebarang kata putus berhubung pekara itu,maknanya kata-kata Dr Zakir adalah lelaki berbahaya dan ekstremis yang tidak sepatutnya dibenarkan berada di Malaysia keluar daripada pemilik mulut tempayan busuk yang penuh bangkai berulat.

Fathul Bari juga perlu menghubungi Siti Kasim secara terus melalui telefon atau adakan pertemuan bagi membicang pekara yang hangat dibincangkan rakyat Malaysia.

Dengan cara muat naik status di laman Facbook bukanlah satu cara profesional malah tidak sesuai dengan kedudukan seorang Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri.-RespectMyPM 5/3/2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan